Salam semua..
weeda nak tunjukkan cara-cara menggubah sirih junjung tu..first time ni weeda gubah sirih junjung..harap maklum la kalau ada cacat cela salah format ke..
Bahan-bahan yang diperlukan:
bunga-bungaan
daun sirih, minyak masak, bakul, span
Ok...dah cukup bahan? jom kita start gubah..
daun sirih di lap dengan minyak supaya nampak segar dan berkilat..baru la dari jauh nampak hijau je tak layu...susun secara bulatan..lekatkan guna jarum peniti..lepas susun secara bulatan tu lipatkan sikit tepi dia tu...
-susun kekwa putih kat tengah bulatan sirih..cucuk-cucuk mengikut kesesuaian mata korang
- daun-daunan susun sebelah satu lagi..weeda letak yellow peacock dengan paku pakis..
gulung sirih jadi camni...ikat dengan pengikat bunga..hati-hati nanti daun sirih tu pecah..lepas gulung banyak-banyak tu korang boleh cucuk-cucuk kat span tu selang seli dengan bunga dan daun.
- susun bunga kekwa putih dan bunga kecik-kecik warna putih ye...susun banyak-banyak biar tutup span tu..
lepas tu kita susun bunga..weeda pakai bunga ros pink..
susun biar penuh...tadaaa dah siap..kalau nampak kosong tu boleh tambah-tambah lagi ye..
weeda buat ni weeda rujuk kat blog amirul syafique..dia banyak tunjukkan cara nak gubah sirih junjung dan juga hantaran..korang tak yah la compare sirih weeda dengan dia...dia tangan lembut halus je..tangan weeda ni stok tangan kasar dan keras..kalau nak tengok banyak lagi boleh la ke blog amirul syafique ye di http://amirul-syafique.blogspot.com/
No comments :
Post a Comment